Panduan Ringkas Perintah Garinisi Nisi vs Mutlak

Perintah garnisi nisi dan mutlak adalah sebahagian daripada prosiding garnisi di bawah Aturan 49 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang membolehkan pemiutang menuntut wang terhutang terus daripada pihak ketiga yang memegang dana penghutang.
Perintah nisi dikeluarkan terlebih dahulu untuk membekukan dana buat sementara dan mewajibkan garnisi serta penghutang hadir ke mahkamah, kongsi maklumat dana, dan - jika mahu - bantah permohonan garnisi.


Perintah mutlak dikeluarkan kemudian, dan inilah perintah yang membolehkan pemiutang memperoleh dana yang digarnis daripada pihak ketiga tersebut.

Aliran ringkasnya adalah: Perintah nisi → dana dibekukan → pendengaran mahkamah → perintah mutlak → dana dibayar kepada pemiutang
Jika itu sahaja yang anda perlukan, kami harap panduan ringkas ini telah membantu!
Namun kepada pemiutang di Malaysia yang sedang mempertimbangkan perintah garnisi terhadap penghutang, kami menasihatkan anda terus membaca kerana kami akan menerangkan:
cara memperoleh perintah garnisi nisi
proses daripada perintah nisi kepada perintah mutlak, dan
halangan yang mungkin timbul sepanjang proses
Dan sudah tentu, anda boleh terus hubungi kami untuk penilaian kes percuma.

Kalau tidak, jom mulakan.
Car memohon perintah garnisi nisi
![[Imej: wang berkunci sebagai simbol perintah garnismen nisi]](https://static.wixstatic.com/media/8b90c9_d1dae1dc0d02444e93f1a8c0f2fcbe4b~mv2.png/v1/fill/w_512,h_512,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/8b90c9_d1dae1dc0d02444e93f1a8c0f2fcbe4b~mv2.png)
Ia dilakukan melalui permohonan ex parte (tanpa memberitahu penghutang penghakiman terlebih dahulu) yang disokong afidavit yang menyatakan fakta-fakta kes, termasuk bukti bahawa pihak ketiga sedang memegang wang milik penghutang.
Jika ia melibatkan sebuah bank, lazimnya tidak perlu sampai dapat nombor akaun atau cawangan tepat penghutang, tetapi perlu ada bukti seperti:
pembayaran yang dibuat oleh penghutang daripada akaun bank berkenaan
butiran bank yang diberikan oleh penghutang semasa urusan sebelumnya
cek atau rekod pemindahan wang bank
invois atau dokumen lain yang mengandungi maklumat perbankan penghutang
surat-menyurat atau bukti lain yang mengaitkan penghutang dengan bank tertentu
Jika mahkamah berpuas hati, ia boleh mengeluarkan perintah nisi, yang perlu disampaikan kepada garnisi dan penghutang secepat mungkin.
Daripada perintah nisi ke perintah mutlak

Setelah perintah nisi disampaikan kepada garnisi dan penghutang penghakiman, dana akan dibekukan buat sementara waktu sehingga pendengaran diadakan, di mana:
garnisi mendedahkan butiran dana yang dipegangnya untuk penghutang, dan membantah garnismen tersebut jika mahu
penghutang penghakiman boleh membantah garnismen jika mahu
peguam anda menjawab sebarang bantahan dan menghujahkan agar perintah tersebut dijadikan mutlak
Jika tiada bantahan yang sah, dan mahkamah berpuas hati bahawa dana itu boleh digarnis dengan sewajarnya, mahkamah boleh menjadikan perintah ini mutlak.
![[Imej: tangan memegang beg wang sebagai simbol perintah garnismen mutlak]](https://static.wixstatic.com/media/8b90c9_93025fa0727f44c5aef599614f6e9ea1~mv2.png/v1/fill/w_512,h_512,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/8b90c9_93025fa0727f44c5aef599614f6e9ea1~mv2.png)
Dengan ini, garnisi wajib membayar dana berkenaan kepada pemiutang penghakiman menurut jumlah yang terkandung dalam penghakiman dan perintah.
Sudah tentu, proses ini tidak selalu selancar ini!
Bantahan dan penangguhan yang mungkin berlaku
Selalunya, apabila kes anda kukuh, penghutang akan mengalah dan membenarkan garnismen diteruskan, tapi jika mereka kelihatan seperti ini…
![[Imej: penghutang yang marah dan mungkin cuba melengahkan prosiding garnismen]](https://static.wixstatic.com/media/8b90c9_825f76752f574339b696cf1a3524ed2c~mv2.png/v1/fill/w_512,h_512,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/8b90c9_825f76752f574339b696cf1a3524ed2c~mv2.png)
…jangan terkejut jika mereka cuba menimbulkan masalah!
Dari perspektif pemiutang, terdapat beberapa cara penghutang, garnisi, atau pihak ketiga boleh melengahkan atau menghalang perintah nisi daripada dijadikan mutlak.
Isu | Kesannya terhadap tuntutan hutang |
Garnisi mempertikaikan liabiliti | Garnisi mungkin menyatakan bahawa ia sebenarnya tidak berhutang atau tidak memegang sebarang wang untuk penghutang penghakiman. |
Pihak lain menuntut wang tersebut | Pihak ketiga (termasuk garnisi sendiri) mungkin mendakwa bahawa merekalah yang berhak ke atas dana itu di sisi undang-undang. |
Penghutang atau garnisi memohon untuk mengetepikan perintah | Oleh sebab perintah nisi diperoleh secara ex parte, pihak yang terjejas boleh memohon untuk mengetepikannya, terutamanya jika mereka dapat menunjukkan kelemahan prosedur. |
Penghutang membuat rayuan | Rayuan tidak secara automatik menghentikan pelaksanaan. Namun, penghutang boleh memohon penangguhan pelaksanaan secara berasingan, dan jika dibenarkan, ia boleh menggantung atau mengganggu prosiding garnismen serta melengahkan pemulihan hutang. |
Jika pertikaian liabiliti garnisi atau tuntutan pihak ketiga tidak boleh diselesaikan, mahkamah boleh mengatur perbicaraan berasingan.
![[Imej: keratan berita mengenai perintah garnismen di Malaysia yang hanya dijadikan mutlak selepas perbicaraan bertahun-tahun] Perintah garnismen ini mengambil masa bertahun-tahun akibat penangguhan.](https://static.wixstatic.com/media/8b90c9_036ff034fcc44975ac2b4ef53712e747~mv2.png/v1/fill/w_886,h_705,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/8b90c9_036ff034fcc44975ac2b4ef53712e747~mv2.png)
Inilah sebabnya kami menekankan kepentingan penyelidikan sebelum memohon!
Semakin banyak informasi yang anda tahu tentang penghutang, garnisi, dan dana yang terlibat, semakin kurang kemungkinan anda menerima kejutan yang melengahkan atau menggagalkan garnismen tersebut.
Dalam pengalaman kami, kes yang paling ideal melibatkan garnismen ke atas akaun bank di mana pihak bank tidak mempunyai kepentingan terhadap dana berkenaan. Mereka tiada sebab untuk membantah, mahu kes selesai secepat mungkin, dan biasanya akan melepaskan wang tanpa sebarang masalah.
Jadi, pergi baca balik resit bank lama anda dan hubungi kami semula 🙂
Garnis akaun bank penghutang dengan Rule & Co.

Dengan sedekad dalam tuntutan hutang, Rule & Co. telah membantu ramai pemiutang melalui prosiding garnisi ke atas akaun bank penghutang. Izinkan kami bimbing anda sepanjang proses untuk dapatkan wang yang terhutang.




Comments